Friday, December 5, 2014

Tempahan Kek Edible Bertema


Tempahan Kek Edible Bertema







Kek Vanilla dengan layer mousse strawberi...yummy!!
Demam frozen di mana-mana.Selain minat menonton filemnya,
kanak-kanak terutamanya turut mahu kek mereka dihiasi 
dengan figura frozen. Edible figura ini juga mudah didapati di kedai-
kedai menjual peralatan kek kerana fofular uols!!
Kek di atas teristimewa untuk nurlisa..anak rose.





Yang ni plak untuk kanak-kanak lelaki esp.
Kek Choc Moist frosting fresh cream + edible spiderman 
sempena hari lahir anak buah rose.Tulisan tu dengan fondan

Tempahan Kek Oreo


Tempahan Kek Oreo




Oder Kek Oreo dari husben untuk pelajarnya. Memang sedap
dengan kek coklat oreo layer fresh cream.Yang penting sedap 
 tak manis kata husben.

Tempahan Kek Pertunangan/Perkahwinan/Merisik/Majlis Istimewa


Tempahan Kek Pertunangan/Perkhawinan/Merisik/Majlis Istimewa


 Kek Hantaran Choc Moist dengan himpunan bunga bagai dalam taman.
Boleh dijadikan kek 2/3/4 tingkat mengikut pilihan masing-masing. 
Tulisan menggunakan fondan 


Boleh diubahsuai dengan variasi pelbagai bunga. Bagai bunga
dalam taman atau 'dalam hati ada taman' he2.
Pilihan kek pelbagai: choc moist/vanila/red velvet/rainbow dll
mengikut citarasa masing-masing. Frosting buttercream yang sedap dan
 tidakmuak  (tak macam kek kahwin zaman dolu2..he..nak makan kek terpaksa 
buang krimnya..manis melekit..kata orang kek potong kaki ha2.

Monday, December 1, 2014

Tempahan Kek Coklat


Tempahan Kek Coklat 





 Kek Coklat Layer Ganache n Mouse Coklat 
Gambar 1 tu oder dari kawan Rose dan gambar 2 tu sempena
harijadi anak lelaki Rose.Dia suka yang simple tp sedap

Tempahan Kek Red Velvet



Tempahan Kek Red Velvet





Oder Red Velvet Cheese dari k.saba.Alhamdulillah dia suka.
Mesti anak-anak suka dan terharu bila balik bercuti dihidangkan dengan
kek rvc yang merah bak baldu disaluti cheese diluar dan juga layer.
K.saba turut oder Kek Karet Walnut Cheese.Tq kak.




Ni plak oder dari ckgu su. Selain kek RVC dia juga oder
Kek Choc Moist Cheese. Harap memuaskan hati ye su.
nanti boleh oder lagi ya...he2

Monday, November 3, 2014

Tempahan Kek Kastard Layer


Tempahan Kek Kastard Layer.

Ramai yang tidak menolak jika diberikan kek ini walaupun perut sudah kenyang..
Betul ke? he2.. Kalau nak cuba bolehlah.Setakat 3 potong tu tak menjadi masalah
rasanyakan...







Kek Kastard Pandan versi bulat (gambar atas)  dan  saiz 10 X 10
(bawah) oder dari ustzah fadruyati dan kak faridah untuk
rakan-rakan guru dan staf




Kek Jagung Kastard Layer. Sedapnya...bagi penggemar
jagung kek ini ada 'kelasnya' tersendiri dengan gabungan
kastard, santan dan jagung menjadikannya emmm..rasa sekali pasti nak lagi he2.
Rose buat kek ini untuk makan-makan bersama rakan tempohari.




Kek Kastard Keladi. Oder dari cikgu mas sempena besday
humaira, tok dan arief.Moga panjang umur
dan bahagia selalu. Alahai..mas tak sempat nak snap
gambar bila dah potong..tak pelah yang penting mas kata sedap





Kek yang ringan tapi gebus gebas dengan salutan dan layer kastard
pandan/keladi/jagung dll yang lembut dan manis-manis buah.
Ditambah pula dengan aroma kelapa kering fewiit..nyaman
dan enak bila lalu ditekak he2



Oder Kek Pandan layer dr kawan sekolah sempena hari lahir anaknya.
Moga panjang umur,cemerlang dan menjadi anak soleh.

Saturday, October 25, 2014

Tempahan Kek Choc Indulgence



Tempahan Kek Choc Indulgence Ala SR

Kek yang menjadi favourite / kegilaan dan mendapat likes terbanyak di kalangan penggemar kek coklat.Apa yang perlu DIBERI PERHATIAN tuan/puanadalah penggunaan GELATIN
 yang semestinya HALAL kerana yang masuk ke perut kita itu akan menjadi darah daging. Betulkan!!


Tempahan Pertama Choc Indulgence 2 Kg++.
Terima kasih kak mahrusah, aini, dan zura.
Gayat tengoknya sebab tiiinggiii betul sampai tak
muat masuk kotak. Terpaksa dibaringkan he2.
Alhamdulillah semua kata seedaaaap.



Tempahan  kedua  dari kak ida. Terima kasih!!
Berat 1Kg ++  tapi kalo nak tau proses buatnya
mak oii punyalah remeh ehh.. sebab respinya panjang berjela.Kalau nak test power bolehlah
 cuba. Rose gunakan resepi daripada Superwoman dan idolaku  iaitu Azlita Masammanis.
Link resepi klik di sini 



Ni pulak oder dari kawan sebelah taman, Bob.
Keras tangan cuba buat sarang labah-labah tu..bolehlah kan.Senang dengan kawanku ini
 kerana tak banyakkarenah dan lagi  dia loyal customerku. TQ kawanku.



Di atas tu pulak oder dari emy dan faridah.
Rose memang tak boleh tengok atas kek tu kosong
ha2. Ada saja yang nak diconteng opppss.. deko.
Harap kawan2 suka lagipun deko tu free jer.




Sebelum tulis ape2 nak mintak maaf dulu
dari azilah. Dia oder kek choc indlgnce 2 kg++ tapi yang Rose dngar 1 kg++ maaf  bebanyak ya zilah. Terima kasih dan moga menepati citarasa.
Jangan seri oder lagi ya he2




Yang ni pulak oder dari pelanggan  setia  saya juga,
L Liza he2. Selalunya dia pick up oder hari jumaat sebab nak makan bersama keluarga esp ibu tercinta.Corak tu permintaan dia dan alhamdulillah dia bagi feedback  positif. Sesungguhnya, saya rasa terharu 'air tangan' saya digemari oleh semua ahli keluarganya. Terima kasih L Liza!!




Terharu rasanya bila buat kek ini. Beruntungnya Nurul
dapat kek special dari ibu tercinta. Sesuai dengan rasanya
yang pasti mewah dan 'mencinta'. Selamat panjang umur dan
jasa ibu dilupa jangan.





Akhirnya..tercapai juga hasrat membuatkan anak lelakiku
yang sorang ni sebiji kek chocolate indulgance. Pada
mula agak keberatan tapi beralah bila melihat kek yang dah siap.
Moga beroleh kejayaan cemerlang dalam SPM nanti InsyaAllah
Bagi yang mencuba respi ada di  sini 




 Terima kasih tempahan dari ASPURI (Asrama Putri SMKBA)
oleh Unit HEM untuk guru-guru.Kek Choc Indulgnce dengan hiasan
coklat putih bentuk love


Di atas ni plak  kek Choc Indlgnce saiz besar
11 X 11 ( masih 8 layer tau.) untuk pelajar ASPURI.
Terima kasih semoga memenuhi citarasa



Oder dari K.Lin. Semoga sentiasa berbahagia
biarpun telah bersara.Masih kek yang sama tapi
hiasan butang nama dari coklat putih dan bunga dari coklat





Oder dari Kak Roziah sempena sambutan harijadi anak
kesayangnnya Irfan Wafiq. Selamat hari lahir, jasa ibu
dilupa jangan. Tq Kak Rozi



Oder dari Hasmah..jiran sebelah taman.
Bertuah anak-anak didik kelasnya kerana dijamu
dengan Kek Choc Indlgnce saiz 10 X 10 ni sempena
Peperiksan SPM yang bakal menjelang.
Terima Kasih Cikgu...




Oder dari Kak Mahrusah...guru yang sangat
ceria dan komited bila bertugas.Moga dirahmati Allah
dan terima kasih kerana tolong promosikan kek
Rose pada rakan-rakannya.





Kek Choc Indlgnce versi besar oder dari hanim
untuk anak-anak didik kesayangannya 2B.
Siapada kata-kata hikmat lagi he2..untuk renungan
dan panduan semua. TQ hanim




Ni plak oder dari elmi untuk anak sulunya sempena hari lahir
yang ke berapa..tak bagi tau pulak.Moga panjang
umur dan sukses selalu ya



Odr dari kak natrah sempena jamuan akhir
tahun kelas 5 Iman anaknya. Moga menepati citarasa.
Kak Natrah ni pelanggan  setia Rose.TQ kak




Tempahan terakhir Choc Indlgence dari pelajar
asrama sekolah. Sebenarnya dah nak tutup oder (utk tahun ni)  sebab
agak panjang step nak hasilkan kek ni...hu2 tapi demi
student tercinta he2...buatkanlah juga.Alhamdulillah sedap respon
dari mereka.